Wednesday, November 17, 2004

 

kasih ufuk rindu 15

In kembali menjadi In,
Mengharungi hidup penuh semangat dan kecerian,
Sesungguhnya cinta pertama menjadikan dia terlalu asyik dengannya,
Namun bila ia dibawa Ilahi In hilang arah,
Sukar mahu meneruskan kehidupan tanpa cinta itu,
Baginya tak mungkin akan ada yang menyintai sehebat Zaidi,
Namun kehadiran Andrian merubah segalanya,
Cintanya yang hilang berputik kembali,
Rasa yang satu waktu dulu pudar dalam hatinya bagai perlahan lahan kembali subur,
Kehadiran Andrian bukan saja membuka mindanya agar meneruskan kehidupan ini,
Malahan turut sama membuka pintu hati yang dulunya berkunci rapat.

Andrian menemui teman yang telah ditetapkan buatnya,
Teman yang telah dijodohkan buatnya sejak di azali lagi,
Menyintai In baginya tidak pernah bersempadan,
Biarpun dilukai,
Cintanya buat wanita itu sukar mahu dihapuskan,
Biarlah badai melanda,kemarau gersang sekalipun,
Cinta itu tetap utuh disudut hatinya,
Kali pertama melihat In,Andrian sedar itulah yang ditunggu selama ini,
Dari pemburu wanita dia menjadi penanti cinta paling setia,
Penantian yang tidak pernah jemu menuntut seribu pengorbanan,
Dan pengorbanan itu berbalas akhirnya,
Sesungguhnya itulah yang paling diimpikan,
Membina sebuah keluarga bersama In.

Zaidi,
Sebuah nama yang menyimpan seribu kenangan,
Tak mungkin dilenyapkan dari ingatan In mahu pun Andrian,
Dalam membina bahagia sesekali ingatan terhadap Zaidi terlintas jua,
Seringkali di doakan kebahagiaan buat lelaki itu,
Al~Fatihah.

This page is powered by Blogger. Isn't yours?